0

Saham pengendali lapangan terbang di Malaysia naik kepada RM5.93 dengan 110,900 saham didagangkan.

KUALA LUMPUR: Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) antara saham paling untung hari ini selepas syarikat itu mengumumkan mengenai peningkatan dalam pergerakan penumpang di lapangan terbang di Malaysia.

Pada jam 11.25 pagi, MAHB meningkat 30 sen kepada RM5.93 dengan 110,900 saham didagangkan.




Dalam satu kenyataan pada Rabu lalu, MAHB berkata, lapangan terbang di Malaysia mencatatkan 6.85 juta penumpang pada Jan atau peningkatan 3.2% berbanding 6.64 juta yang direkodkan setahun lepas.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh trafik pra-Tahun Baru Cina, selain trafik tambahan yang dibawa oleh syarikat penerbangan baharu yang mula beroperasi pada 2015.

MAHB berkata, pertumbuhan itu lebih tinggi berbanding unjuran meskipun berlaku pengurangan kapasiti oleh Malaysia Airlines, yang dipenuhi syarikat penerbangan tempatan dan asing.
– BERNAMA



-FMT NEWS-

Post a Comment

 
Top