0

Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut menetapkan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

PETALING JAYA: Individu yang mengaibkan gambar pemimpin negara atau menyebarkannya berdepan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Bahkan, Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut menetapkan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

“Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid, lapor BERNAMA.





Seksyen 233 melarang seseorang menggunakan kemudahan rangkaian atau perhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk membuat, mewujudkan, meminta-minta, dan menghantar komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, mengianayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Dalam pada itu, BERNAMA turut melaporkan Rashid berkata polis akan menyiasat dan bertindak keatas pengguna laman sosial yang mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara termasuk kediaman Perdana Menteri.





Source from FMT NEWS

Post a Comment

 
Top