0

Ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan bahawa partinya tidak dijemput penganjur memyertai Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat.

“Saya ingin tegaskan PAS tidak pernah menerima sebarang surat jemputan sebagaimana di dakwa dan tiada sesiapa pun yang menghubungi saya atau pejabat Agong bagi memaklumkan program tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

The Malaysian Insider melaporkan jurucakap penganjur yang menggelar diri mereka “Pro98 Reformis Malaysia”, Dr Badrulamin Bahron berkata PAS tidak mengendahkan jemputan dua bulan lalu untuk menyertai mesyuarat menganjurkan acara malam semalam itu.




Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka “Pro98 Reformis Malaysia”, Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka terkilan kerana tiada pimpinan PAS hadir di acara malam semalam.

Beliau, yang juga ahli PKR turut mendakwa PAS tidak mengendahkan jemputan mesyuarat penganjuran acara itu yang dihantar dua bulan lalu.

“PAS dukacita di atas tuduhan yang dibuat dan kita telah tegaskan PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

“Kita bersimpati dengan apa yang menimpa DSAI dan ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau,” tegas Tuan Ibrahim.




Source from FMT

Post a Comment

 
Top