0

PETALING JAYA: Filem Ola Bola membawa mesej kepada rakyat negara ini bahawa masyarakat Malaysia dahulu amat bersatu tanpa mengira bangsa.

Perkara itu dirasakan jauh berbeza pada zaman sekarang, di mana jurang antara kaum semakin melebar dengan Melayu disifatkan rasis, Cina menjadi chauvinis dan India semakin egois.

Perihal filem Ola Bola dengan hakikat jurang perkauman rakyat negara ini disentuh seorang pengguna Facebook, Dr Tanaka Mustafa, yang mendapat perhatian pengguna laman sosial dan menjadi viral.




Sehingga kini, catatan Facebook beliau mengenai realiti rakyat Malaysia dengan zaman filem Ola Bola yang digambarkan pada tahun 1980-an mendapat 1,761 shares dan disukai 6,311 pengguna Facebook.

“Ola Bola membawa mesej kita dahulu pernah bersatu tak kira bangsa. Kita pernah berpakat bersama-sama. Kita pernah hidup harmoni.

“Tetapi kenapa hari ini jurang antara kita semakin jauh. Melayu semakin menjadi rasis. Cina menjadi chauvinis. India menjadi egois,” katanya pada catatan Facebook pada 30 Jan lalu itu.




Dr Tanaka Mustafa menyifatkan filem Ola Bola mengubah paradigma filem tempatan, yang mana pengarah filem Melayu belum dapat keluar daripada kongkongan cerita percintaan, mistik, seram, dan lawak.

“Pengarah filem, Cina. Pelakon pun ramai Cina. Tema bola. Tema kesatuan umat berbilang kaum. Hasilnya gempak. Jalan ceritanya menarik.

“Permainan emosinya berjaya. Suka duka patriotisme bola sepak dapat dirasai. Walaupun penceritaan adalah daripada sudut pandang seorang Cina,” katanya.

Pengguna Facebook berkenaan turut membidas pengarah filem Melayu yang sering mengambil tema golongan kaya pulang dari luar negara atau tema pergaduhan keluarga hanya kerana atas alasan perkahwinan.




Source from FMT NEWS

Post a Comment

 
Top