0

PETALING JAYA: Kira-kira 1,000 semut dikeluarkan dari telinga seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun di Gujarat, India.

Para doktor yang terkejut dengan keadaan itu mengakui mereka gagal menemui masalah sebenar yang menyebabkan semut bersarang di telinga kanak-kanak perempuan itu.

Kanak-kanak bernama Shreya Darji hidup dengan sekurang-kurangnya 10 semut yang merayap masuk ke saluran telinganya bagaimanapun tidak berhadapan sebarang sakit atau kerosakan pada gegendang telinganya.





”Kami telah menjalankan pelbagai pemeriksaan pada kanak-kanak itu termasuk imbasan MRI dan CT tetapi tiada ada mana-mana bahagian telinga yang terjejas,” kata Dr Jawahar Talsania, pakar bedah telinga, hidung dan tekak, lapor Daily Mail.

Menurut doktor itu lagi, beratus-ratus semut telah dikeluarkan, namun ia masih membiak di dalam telinga.

“Tiada semut ratu yang dijumpai maka mustahil semut-semut itu berasal dari telur,” tambah doktor itu lagi.





Dalam pada itu, bapa Shreya, Sanjay seorang mekanik televisyen berkongsi rasa bimbang terhadap keadaan anaknya yang tidak dapat diubati atau diselesaikan.

“Saya telah membawa dia kepada pakar-pakar perubatan yang terbaik. Mereka telah melakukan pelbagai pemeriksaan. Saya risau ia akan menggangu pendidikan dan psikologi anak saya kerana selalu diejek oleh rakan-rakannya,” kata bapa itu.








Source from FMT News

Post a Comment

 
Top