0

Ally merakamkan penghargaan kepada rakyat Kedah kerana menyambut bapanya dan menyifatkan Mukhriz sebagai Menteri Besar berdedikasi


PETALING JAYA : Anak perempuan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna Mukhriz menulis coretan untuk ayahnya di Instagram miliknya.

Dalam coretan di Instagramnya, Meera Alyanna atau dikenali Ally Mukhriz menyatakan adalah menyedihkan seseorang yang baik kalah tetapi dan seperti yang pernah dinyatakan oleh seseorang kepadanya, Allah SWT mempunyai perancangan untuk semua orang.

“Saya tidak akan berpura-pura bahawa saya tahu politik. Malah, saya tak tahu langsung. Tetapi apa yang saya tahu awak (Mukhriz) secara peribadi, saya tahu awak adalah seorang yang hebat.





“Sebagai anak perempuan awak, saya amat berterima kasih untuk semua yang telah awak berikan kepada saya dan saya tahu bahawa menjadi Menteri Besar Kedah merupakan satu peluang dan pengalaman,” katanya yang turut memuat naik gambarnya bersama ayahnya.

Menurut Ally, Mukhriz merupakan seorang yang berdedikasi dan telah mencurahkan hati dan jiwanya dalam pekerjaannya sebagai Menteri Besar.

“Oleh kerana awak begitu sibuk, saya menggunakan masa berharga yang saya ada (kadang-kadang hanya beberapa jam seminggu) untuk menghabiskannya bersama awak, di mana awak menggalakkan saya untuk menyemak artis tempatan Kedah atau pakaian baharu buatan tempatan.

“Belum lagi, bagaimana terujanya awak apabila menyaksikan setiap perlawan bolas sepak (go Hijau Kuning).

Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan awak telah melakukan yang terbaik dan saya begitu bangga dibesarkan oleh awak (dan ibu),” katanya.



Ally dalam masa yang sama turut melahirkan ucapan penghargannya kepada rakyat Kedah kerana menyambutnya sekeluarga walaupun tidak dapat mengucapkannya secara rasmi.

Pada 3 Feb lalu, Mukhriz membuat pengumuman melepaskan semua jawatan yang disandang di negeri Kedah termasuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan individu yang dipilih menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.




Source from FMT NEWS

Post a Comment

 
Top